Friday 20 April 2012

hati tetap yakin dan yakin.
kerna aku taburkan segala keyakinan ku padanya.
aku percaya kau.
sabar.

Saturday 14 April 2012


bercinta tidak seharusnya bersama.
bercinta tidak semestinya berkepit sentiasa.
bercinta ada batasan.
cinta itu tidak melekakan.
cinta itu tidak melalaikan.
andai engkau tahu bagaimana caranya.

berpegang pada janji.
bertawakal pada Allah.
berdoa ditemukan jodoh.
pasti satu saat Allah akan menunaikan permintaan.

bercinta jangan mengikut nafsu.
berusahalah menjadi orang yang berjaya demi
kebahagiaan pasangan kelak.


dalam tempoh usia yang bukan lah dikira terlalu matang.
tak juga dikatakan terlalu muda.
aku menjadi pemerhati kepada setiap insan di sekeliling.
ada yang bermulut manis.
ada yang bermulut longkang.
ada yang berwajah manis di depan kita sahaja.
ada yang staraight forward menunjukkan sikap yang sebenar.

tahukah engkau saat kau mempelekehkan orang lain,
saat kau bertanya sesuatu terhadap orang itu dengan niat untuk
menjatuhkan air muka orang itu..
kau dikira berdosa?

mungkin. orang lain tak tahu niat kau.
tapi aku pernah merasa.
aku tahu bedakan yang mana satu baik dan buruk.

makin lama umur kau makin ditelan usia.
kenapa harus kau memperkecilkan kelemahan dia?
perlukan engkau berbangga dengan sikap itu?

Tuhan itu maha adil.
Dia maha mengetahui.
Dia pasti tidak akan biarkan hamba-Nya bersedih atas perbuatan kau.

bertaubatlah selagi ada ruang waktu.
aku berharap kau berubah.
berubahlah ke jalan kebaikan.